




2hb Ogos 2025 (Sabtu)- Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) yang diketuai oleh Yang Dipertua - Ustaz Wan Subki Wan Salleh telah menyertai Demonstrasi yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong rakyat Palestin bagi menuntut supaya sekatan ke atas Semenanjung Gaza dihentikan dan rakyat Palestin diselamatkan daripada ancaman kebuluran, pembunuhan dan pembasmian etnik. Demonstrasi itu turut disertai oleh pengiring kepada mangsa-mangsa cedera dari Palestin yang telah diterima oleh Malaysia tahun lalu untuk rawatan. Perhimpunan tersebut berlangsung mengelilingi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
Para peserta mengetuk periuk dan Kuali sebagai tanda emphati terhadap penduduk GAZA yang kelaparan dan Kebuluran. Ia bukan sekadar ketukan kuali, ia adalah ketukan dari sanubari peserta sebagai tanda emphati yang mendalam.
Ketukan kebangkitan seluruh rakyat Malaysia diharapkan sampai ke telinga-telinga Pemimpin Negara Arab dan seluruh dunia bahawa Palestin dan GAZA sedang menderita.
Ustaz Wan Subki Wan Salleh ketika ditemuramah oleh TV Al Jazeera menyatakan bahawa:
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru para pemimpin negara-negara Arab dan Islam supaya bangkit dan mematahkan sekatan terhadap Gaza. Dalam kenyataannya kepada Al Jazeera Net, beliau menegaskan bahawa Palestin memerlukan pendirian yang tegas dari pemimpin-pemimpin dunia khususnya dari negara Islam demi menjaga maruah dan kehormatan umat. Menurutnya, apa yang diperlukan oleh Palestin bukan sekadar makanan, tetapi satu pendirian yang bermaruah dari para pemimpin dunia amanya dan Islam khasnya."
Sumber https://www.aljazeera.net/
(Shortened Link - https://l1nq.com/vuiaJ)
2 أغسطس 2025م (السبت) – برجا بتروناس التوأم، كوالالمبور
شارك اتحاد علماء المسلمين – فرع ماليزيا برئاسة رئيسه الأستاذ وان سُبكي وان صالح في المظاهرة التي نظمتها عدد من المنظمات غير الحكومية الداعمة للشعب الفلسطيني، للمطالبة بإنهاء الحصار المفروض على قطاع غزة وإنقاذ الشعب الفلسطيني من خطر الجوع والقتل والإبادة الجماعية.
وقد شارك في المظاهرة مرافِقون للجرحى الفلسطينيين الذين استقبلتهم ماليزيا العام الماضي لتلقي العلاج. وأقيمت الفعالية في محيط برجا بتروناس التوأم بكوالالمبور.
قام المشاركون بقرع القدور والمقالي تعبيرًا عن التعاطف مع أهالي غزة الذين يعانون من الجوع والمجاعة. وأوضح المنظمون أن هذا الصوت ليس مجرد طرق على الأواني، بل هو طرق صادر من أعماق القلوب، يرمز إلى تعاطف صادق وعميق.
وأعرب المشاركون عن أملهم في أن تصل هذه الرسالة إلى أسماع قادة الدول العربية والعالم أجمع، بأن فلسطين وغزة تعانيان.
وفي مقابلة مع قناة الجزيرة، صرح الأستاذ وان سُبكي وان صالح قائلاً:
"إن اتحاد علماء المسلمين يدعو قادة الدول العربية والإسلامية إلى التحرك العاجل لكسر الحصار المفروض على غزة. كما أكد في حديثه لموقع الجزيرة نت أن فلسطين بحاجة إلى موقف حاسم من قادة العالم، وخاصة قادة الدول الإسلامية، من أجل الحفاظ على كرامة الأمة وشرفها. وأضاف أن ما يحتاجه الشعب الفلسطيني ليس فقط الغذاء، بل قبل ذلك موقف مشرّف من قادة العالم بعامة، ومن قادة المسلمين بخاصة."
📎 المصدر: الجزيرة
🔗 الرابط المختصر: https://l1nq.com/vuiaJ




Kuala Lumpur,1hb Ogos 2025 (Jumaat)
Delegasi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Cawangan Malaysia) telah membuat kunjungan hormat dan muhibbah ke pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) YBrs Tuan Haji Hanifuddin Bin Roslan. Delegasi KUMS diketuai oleh Yang Dipertua, Ustaz Wan Subki Wan Salleh.
Turut hadir adalah Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Penasihat KUMS, Dr Nik Rahim Nik Wajis, Pengurus Media, Komunikasi dan Penerbitan, En Wan Mohd Yusof Wan Ismail dan Ustaz Abdul Rahman al Hakim.
Beberapa program kerjasama antara KUMS dan JAWI akan dibuat dalam masa terdekat.
Ucapan setinggi Terima Kasih atas layanan yang baik, kesediaan serta semangat kerjasama pihak pihak pengarah serta pegawai-pegawai kanan JAWI.
Pihak Kesatuan memberi cenderamata buku terbitan Kesatuan "Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme" اسلام الرحمة وظاهرة الارهاب
Karangan Syeikh Ali Quradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
في صباح يوم الجمعة، 1 أغسطس 2025م، حوالي الساعة العاشرة والنصف، قام وفد اتحاد علماء المسلمين – فرع ماليزيا بزيارة ودية وتشريفية إلى مكتب مدير دائرة الشؤون الإسلامية للولايات الفدرالية (JAWI)، سعادة الحاج حنيف الدين بن روسلان.
وقد ترأس الوفد رئيس الاتحاد، الأستاذ وان سُبكي وان صالح.
كما حضر اللقاء كلٌّ من:
الأستاذ نِيء عُمرنِيء عبد العزيز، مستشار الاتحاد،
الدكتور نِيء رحيم نِيء واجس، مدير الإعلام والاتصال والنشر،
السيد وان محمد يوسف وان إسماعيل،
والأستاذ عبد الرحمن الحكيم.
وقد تم الاتفاق على تنفيذ عددٍ من البرامج المشتركة بين الاتحاد ودائرة JAWI في المستقبل القريب.
ويتقدم الاتحاد بجزيل الشكر والتقدير على حسن الاستقبال، والاستعداد، وروح التعاون التي أبداها سعادة المدير وكبار المسؤولين في JAWI.
كما قدّم الاتحاد هدية تذكارية عبارة عن كتاب من إصداراته بعنوان:
"إسلام الرحمة وظاهرة الإرهاب"
تأليف فضيلة الشيخ علي القرضاغي، رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين.




KESATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA CAWANGAN MALAYSIA MENERIMA KUNJUNGAN TOKOH AKTIVIS ANTARABANGSA
Kajang, Selangor, 22 Julai 2025.
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Cawangan Malaysia hari ini menerima kunjungan hormat dari beberapa orang tokoh aktivis antarabangsa yang sangat aktif dalam memperjuangkan isu Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa. Mereka terdiri dari Dr. Muhammad Ali Bayoud, Pengarah Eksekutif Yayasan Pemegang Amanah Al-Aqsa, yang giat menyelia program pembangunan untuk para pendakwah dan graduan syariah berkaitan isu Baitulmaqdis.
Antara tetamu lain yang turut hadir ialah:
En. Nael Saleh, Penasihat Pembangunan merangkap Ahli Lembaga Yayasan Antarabangsa Ihya, yang aktif memperjuangkan pembangunan semula institusi-institusi Islam serta pemulihan masyarakat di Palestin.
Dr. Yunus Abu Jarad, Pengarah Syarikat Pengeluaran Media Qubbah, selain merupakan seorang penulis dan pensyarah tersohor yang memiliki kepakaran dalam isu-isu Palestin.
Pn. Arwa Khalid, Pegawai Kerja Wanita di Persatuan Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak, merupakan seorang aktivis yang komited memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak yang terkesan akibat konflik di Palestin.
Pn. Gulshah Yagdoglu, Pegawai Seksyen Turki di persatuan yang sama.
Delegasi disambut oleh Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Cawangan Malaysia (KUMS) iaitu Ustaz Wan Subki Wan Salleh, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz dan Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz yang merupakan Penasihat bagi KUMS. Turut hadir adalah Dr Nik Rahim Nik Wajis, Pengurus Media, Komunikasi dan Penerbitan KUMS.
Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, Ustaz Wan Subki telah memberikan penerangan ringkas namun padat mengenai peranan utama yang dimainkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUMS) cawangan Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa KUMS komited dalam menyebarluaskan fahaman Islam Wasatiy — iaitu pendekatan Islam yang bersifat pertengahan, seimbang dan berlandaskan hikmah serta toleransi.
Tambah beliau lagi, KUMS juga aktif dalam usaha memperkasa kesedaran masyarakat mengenai isu-isu ummah, khususnya isu Palestin yang semakin meruncing. Melalui pelbagai program ilmiah, wacana, penerbitan dan kempen kesedaran, KUMS berperanan membuka minda masyarakat agar lebih cakna terhadap penderitaan rakyat Palestin serta memahami konteks sejarah, politik dan kemanusiaan yang melingkari isu tersebut.
Ustaz Wan Subki menegaskan bahawa memperjuangkan kesedaran terhadap isu Palestin bukan sekadar tanggungjawab politik atau kemanusiaan, malah merupakan tuntutan agama yang menuntut umat Islam bersatu dalam membela saudara seagama yang tertindas.
عربي
الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين - فرع ماليزيا يستقبل زيارة رموز ناشطين دوليين
كاجانغ، سيلانغور، 22 يوليو 2025م
استقبل الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين فرع ماليزيا اليوم زيارة أخوية من عدد من الشخصيات البارزة من النشطاء الدوليين الذين لهم دور كبير في الدفاع عن قضية فلسطين وتحرير المسجد الأقصى. وكان من بين الوفد الزائر:
• الدكتور محمد علي بيود، المدير التنفيذي لمؤسسة أمناء الأقصى، الذي يشرف بنشاط على برامج تنمية الدعاة وخريجي الشريعة في ما يخص قضايا القدس.
كما ضم الوفد:
• السيد نائل صالح، مستشار التنمية وعضو مجلس أمناء مؤسسة إحياء الدولية، والذي ينشط في جهود إعادة بناء المؤسسات الإسلامية وتأهيل المجتمع الفلسطيني.
• الدكتور يونس أبو جراد، مدير شركة قبة للإنتاج الإعلامي، وهو أيضاً كاتب ومحاضر مرموق ومتخصص في قضايا فلسطين.
• السيدة أروى خالد، مسؤولة شؤون المرأة في جمعية حماية المرأة والطفل، وهي ناشطة ملتزمة بالدفاع عن حقوق النساء والأطفال المتأثرين بالصراع في فلسطين.
• السيدة غلشاه ياغدوغلو، مسؤولة القسم التركي في الجمعية ذاتها.
وقد كان في استقبال الوفد كل من رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين فرع ماليزيا، الأستاذ وان سبكي وان صالح، وداتوء وان محمد شيخ عبد العزيز، والأستاذ نِيء عمر نِيء عبد العزيز، وهم من مستشاري الاتحاد، بالإضافة إلى الدكتور نِيء رحيم نِيء واجس، مدير الإعلام والتواصل والنشر في الاتحاد.
وخلال جلسة النقاش، قدّم الأستاذ وان سبكي شرحاً موجزاً لكنه وافٍ حول الدور الرئيسي الذي يضطلع به الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين فرع ماليزيا، مشيراً إلى التزام الاتحاد بنشر فهم الإسلام الوسطي، أي النهج الإسلامي المتوازن الذي يقوم على الحكمة والتسامح والاعتدال.
وأضاف أن الاتحاد ينشط في تعزيز وعي المجتمع بالقضايا المصيرية للأمة، ولا سيما قضية فلسطين التي تزداد خطورة يوماً بعد يوم. ومن خلال برامج علمية، وندوات فكرية، ومنشورات، وحملات توعوية، يسعى الاتحاد إلى توسيع مدارك المجتمع وتعميق فهمه للمعاناة التي يعيشها الشعب الفلسطيني، بالإضافة إلى السياق التاريخي والسياسي والإنساني المحيط بهذه القضية.
وأكد الأستاذ وان سبكي أن الدفاع عن قضية فلسطين لا يقتصر على كونه واجباً سياسياً أو إنسانياً، بل هو في المقام الأول واجب ديني يُلزم الأمة الإسلامية بالاتحاد نصرةً لإخوانهم المستضعفين من المسلمين.
15 Julai 2025 | Putrajaya
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) (KUMS) telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr. Hj Mohd Na'im Haji Mokhtar pada 15 Julai 2025 di Putrajaya.
Rombongan KUMS diketuai oleh Yang Dipertua KUMS Ustaz Wan Subki Bin Wan Salleh bersama Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abd Aziz dan Ustaz Nik Omar Bin Nik Ab. Aziz selaku Penasihat KUMS. Turut hadir ialah Dr. Nik Rahim Nik Wajis, Pengurus Pentadbiran dan Komunikasi dan Ustaz Abdul Rahman Al Hakim, Eksekutif Pentadbiran KUMS.
Dalam pertemuan ini, YDP KUMS telah memperkenalkan peranan dan pendekatan strategik KUMS dalam memperkukuhkan suara ulama, memelihara kesatuan ummah, serta memperjuangkan isu-isu besar umat Islam, khususnya krisis berterusan di Palestin dan Al-Quds.
Perbincangan juga berkaitan Muktamar Ulama Asia Pasifik 2025 yang bertemakan “Kesatuan Ummah & Keamanan Sejagat” yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 29-31hb Ogos 2025.
Muktamar ini akan menghimpunkan tokoh-tokoh Ulama Nusantara yang mewakili negara-negara Asia Pasifik, perwakilan Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangan hak-hak asasi manusia khususnya yang membela hak-hak rakyat Palestin yang ditindas dan rejim zionis.
YB Menteri telah memberi sokongan penuh kepada muktamar ini dan bersetuju untuk merasmikan pembukaan muktamar nanti.
YB Menteri juga amat menghargai sumbangan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) dalam medan dakwah, pendidikan dan kebajikan masyarakat. Kehadiran KUMS di Malaysia adalah satu anugerah besar yang harus dimanfaatkan sebaiknya.
KUMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan keterbukaan YB Menteri, serta komitmen beliau dalam memperkukuh peranan institusi ulama dan memperjuangkan isu Palestin serta umat Islam sejagat.
#KUMS #UlamaBersatu #MuktamarUlamaAsiaPasifik2025 #SolidaritiPalestin #MalaysiaMADANI #JabatanPerdanaMenteri #HalEhwalAgama #KesatuanUmmah #RahmatanLilAlamin #SuaraUlama #menteriagama #kesatuanulamamusliminsedunia
عربي
١٥ يوليو ٢٠٢٥ | بوتراجايا - ماليزيا
قام الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين فرع ماليزيا بزيارة رسمية إلى مكتب معالي وزير في رئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الدينية) السيناتور داتو’ سِتيا الدكتور الحاج محمد نعيم حاج مختار، وذلك بتاريخ ١٥ يوليو ٢٠٢٥ في بوتراجايا.
وقد ترأس وفد الاتحاد رئيسه الأستاذ وان سبكي بن وان صالح، برفقة داتو وان محمد بن داتو شيخ عبد العزيز والأستاذ نِيء عمر بن نيء عبد العزيز بصفتهما مستشارين للاتحاد. كما حضر كل من الدكتور نيء رحيم نيء واجيس، مدير الإدارة والاتصال، والأستاذ عبد الرحمن الحكيم، المسؤول التنفيذي للاتحاد.
خلال اللقاء، قدّم رئيس الاتحاد عرضًا عن دور الاتحاد ونهجه الاستراتيجي في تعزيز صوت العلماء، والحفاظ على وحدة الأمة، والدفاع عن قضايا الأمة الكبرى، خاصةً الأزمة المستمرة في فلسطين والقدس الشريف.
كما تناول النقاش الاستعدادات لـ مؤتمر علماء آسيا والمحيط الهادئ ٢٠٢٥، الذي يُعقد تحت شعار: "وحدة الأمة وسلام عالمي"، والمقرر تنظيمه في كوالالمبور خلال الفترة من ٢٩ إلى ٣١ أغسطس ٢٠٢٥.
وسيجمع المؤتمر نخبة من علماء منطقة نوسانتارا الممثلين لدول آسيا والمحيط الهادئ، إلى جانب ممثلين من الحكومات والمنظمات التي تدافع عن حقوق الإنسان، وخاصةً الحقوق العادلة للشعب الفلسطيني المظلوم في مواجهة الاحتلال الصهيوني.
وقد أعرب معالي الوزير عن دعمه الكامل لهذا المؤتمر، ووافق على رعاية حفل الافتتاح الرسمي.
كما ثمّن معاليه إسهامات الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين (ماليزيا) في مجالات الدعوة، والتعليم، وخدمة المجتمع، واعتبر وجود الاتحاد في ماليزيا نعمة عظيمة يجب استثمارها أحسن استثمار.
ويُعرب الاتحاد عن خالص شكره وتقديره لمعالي الوزير على دعمه وانفتاحه، وعلى التزامه بتعزيز دور العلماء والدفاع عن قضية فلسطين وعن قضايا المسلمين في أنحاء العالم.
English
15th July 2025 | Putrajaya
The International Union of Muslim Scholars (Malaysia) — paid a courtesy visit to the office of the Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs), YB Senator Dato' Setia Dr. Hj Mohd Na'im Haji Mokhtar, on 15 July 2025 in Putrajaya.
The Union delegation was led by its President, Ustaz Wan Subki Bin Wan Salleh, accompanied by Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abd Aziz and Ustaz Nik Omar Bin Nik Ab. Aziz as Advisors of the Union. Also present were Dr. Nik Rahim Nik Wajis, Manager of Administration and Communications, and Ustaz Abdul Rahman Al Hakim, Executive Administrator.
During the meeting, the Union President introduced the role and strategic approach of the Union in strengthening the voice of the ulama, safeguarding the unity of the ummah, and championing major issues affecting the Muslim world — especially the ongoing crisis in Palestine and Al-Quds.
The discussion also touched on the upcoming Asia-Pacific Ulama Conference 2025, themed “Unity of the Ummah & Global Peace”, scheduled to be held in Kuala Lumpur from 29–31 August 2025.
The conference will bring together leading scholars from the Nusantara region representing Asia-Pacific countries, along with government representatives and organisations advocating for human rights — particularly those defending the oppressed people of Palestine against the Zionist regime.
The Minister expressed his full support for the conference and agreed to officiate its opening ceremony.
The Minister also greatly appreciated the contributions of the Union in the fields of dakwah (Islamic outreach), education, and community welfare, describing the Union presence in Malaysia as a great blessing that should be optimally utilised.
the Union extends its heartfelt appreciation for the support and openness shown by the Honourable Minister, as well as for his commitment to strengthening the role of the ulama institution and defending the cause of Palestine and the global Muslim community.








Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah, dan memohon kepada Allah agar tahun ini menjadi tahun yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, dipenuhi dengan keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, serta kejayaan dalam segala perkara yang diredhai-Nya.
Semoga anda sentiasa dalam kebaikan. Selamat Tahun Baru Hijrah.
Ustaz Wan Subki Wan Salleh
Yang Dipertua
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
نهنئكم بمناسبة رأس السنة الهجرية الجديدة، ونسأل الله أن يجعلها سنة خيرٍ وبركة، وأن يملأها بالأمن والإيمان، والسلامة والإسلام، والتوفيق لما يحبه ويرضاه.
كل عام وأنتم بخير، وعام هجري مبارك.
الأستاذ وان سبكي وان صالح
رئيس
الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين (ماليزيا)
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
We extend our heartfelt greetings on the occasion of the Islamic New Year (Hijri New Year). We pray that it will be a year filled with goodness and blessings, security and faith, peace and Islam, and success in all that Allah loves and is pleased with.
Wishing you a blessed Hijri New Year.
Ustaz Wan Subki Wan Salleh
President
International Union of Muslim Scholars (Malaysia)


Ziarah Penasihat KUMS
Hari ini Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia – Cawangan Malaysia (KUMS) Al Fadhil Ustaz Wan Subki Wan Salleh bersama Al-Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz, Penasihat KUMS, berkesempatan menziarahi Prof Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty di Hospital Pakar Islam, Kuala Lumpur.
Beliau telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari yang lalu akibat masalah kesihatan berkaitan penyakit kencing manis dan buah pinggang.
Mohon saudara/i semua mendokan agar beliau diberikan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna kepada beliau. Ameen!
English
Today, the President of the International Union of Muslim Scholars – Malaysia Branch (KUMS), Al Fadhil Ustaz Wan Subki Wan Salleh, together with Al-Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz, Advisor of KUMS, had the opportunity to visit Prof Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty at the Islamic Specialist Hospital, Kuala Lumpur.
He has been admitted to the hospital for two days due to health issues related to diabetes and kidney disease.
We kindly ask all brothers and sisters to pray for his recovery and strength from Allah SWT.
May Allah SWT grant him complete recovery. Ameen!
اللغة العربية
زار اليوم فضيلة الأستاذ وان سبكي وان صالح, رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين – فرع ماليزيا برفقة فضيلة الأستاذ نيء عمر نيء عبد العزيز، مستشار الاتحاد، البروفيسور داتو الدكتور محمد نور مانوتي في المستشفى الإسلامي التخصصي، بكوالالمبور.
وقد تم إدخاله إلى المستشفى منذ يومين بسبب مشاكل صحية تتعلق بمرض السكري والفشل الكلوي.
نرجو من الإخوة والأخوات الدعاء له بالشفاء والقوة من الله سبحانه وتعالى.
نسأل الله سبحانه وتعالى أن يمنحه الشفاء التام.
4 Jun 2025



Ucapan Tahniah


Sekalung Tahniah
Dengan penuh takzim dan rasa syukur, Yang Dipertua serta seluruh warga Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia merafak setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah JAKIM, atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, berkuat kuasa mulai 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2028.
Sesungguhnya pelantikan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap jasa dan keilmuan beliau yang luhur, malah menjadi obor yang menyinari jalan dakwah dan pendidikan ummah. Semoga dengan limpahan hikmah dan pengalaman yang dimiliki, YBhg. Dato’ akan terus menyumbang secara signifikan dalam memperkasa ilmu, menyemarakkan dakwah, dan membina insan rabbani di bumi tercinta ini.
Tahniah diucapkan, semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan amal bakti.
Ikhlas dari:
Wan Subki bin Wan Salleh
Yang Dipertua
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia)
Lawatan dari Delegasi Pengurusan Pusat Pentadbiran Hal Ehwal Islam Daerah Takbai Thailand ke Pejabat KUMS.
Ahli Delegasi yang hadir adalah:
1- Imam Ibrahim Wan awang
Yang Dipertua (Pusat PHAT) merangkap Ajk majilis Agama Wilayah Narathiwat Unit Pendidikan
2- Zaiton Wanawang
Ketua Jabatan Muslimat Pusat PHAT
3- Abdul Razak Hasan Ketua Jabatan Zakat dan Waqaf pusat.
4- Othman Cik Mamat
Imam daerah weng Narathiwat, Bahagian Kerjasama
27 Mei 2025







UCAPAN TAHNIAH
Dengan penuh rasa syukur dan hormat, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.
Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil adalah Timbalan Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) sebelum dilantik sebagai Mufti Wilayah sehingga kini.
Boleh rujuk di sini untuk dapatkan info
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan Sahibus Samahah dalam memikul amanah besar ini, serta terus memberikan petunjuk dan kekuatan dalam menegakkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia secara umumnya.
“Mufti Berwibawa, Umat Terpelihara.”
Ikhlas daripada,
Ustaz Wan Subki bin Wan Salleh
YDP Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia)
26 Mei 2025


UCAPAN PENGHARGAAN
Dengan penuh takzim kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah atas khidmat cemerlang sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Sumbangan beliau dalam memperkukuh institusi ifta’, memperluas penyampaian dakwah dan pemahaman Islam dalam masyarakat, akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberkati segala jasa dan amal bakti SS Datuk Dr. Luqman, serta mengurniakan beliau kesihatan, keberkatan usia dan kekuatan untuk terus menyumbang dalam lapangan ilmu dan dakwah.
"Jazakumullahu khayr al-jaza’."
Terima kasih atas segala khidmat bakti.
16 Mei 2025


Persidangan Serantau mengenai Keadaan Ummah (3hh-5hb Mei 2025)
Tema: Titik Perubahan bagi Pertubuhan Islam
Lokasi: Dewan Seminar IAIS - The International Institute of Advanced Islamic Studies, Jalan Ilmu– Kuala Lumpur
Persidangan ini adalah anjuran bersama IAIS, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) dan Asian Forum for Peace & Development (AFFAD).
Hari Pertama 3hb Mei 2025
Persidangan pada hari pertama bermula dengan Ucap Utama oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.
Dalam ceramah tersebut Dr Dzulkefly berkongsi penglibatan peribadi beliau dengan gerakan Islam bermula semasa belajar di Universiti Birmingham, England (1980) hinggalah kepada penglibatan beliau dalam politik dan akhirnya dilantik sebagai Menteri.












Persidangan Serantau mengenai Keadaan Ummah
Tema: Titik Perubahan bagi Pertubuhan Islam
Hari Kedua
4hb Mei 2025 (Isnin)
Bertempat di IAIS - The International Institute of Advanced Islamic Studies – Kuala Lumpur
Persidangan ini adalah anjuran bersama IAIS, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) dan Asian Forum for Peace & Development (AFFAD).
Persidangan bermula dengan ucapan ringkas oleh Syeikh Syed Salim al-Jufri. Beliau ada seorang tokoh ulama Islam dari Indonesia, dan ahli politik dari Partai Keadilan Sejahtera yang pernah menjawat sebagai Menteri Sosial Indonesia dalam Kabinet Indonesia
Persidangan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Wadah Khanfar (وضاح خنفر) dengan tajuk Ulasan, Perbincangan & Analisis mengenai Ummah Islam
(Timur Tengah: Palestin, Syria, Lubnan, Yaman, Tunisia, Mesir, Sudan).
Persidangan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan Dr. Phar Kim Beng (Mustaqim) dengan tajuk: Bicara tentang ASEAN.
Untuk Sesi ketiga, Ceramah disampaikan oleh Dr. Ahmad Gaalol bertajuk Islam di Afrika Utara. Beliau merupakan Ketua Biro Antarabangsa, Parti Nahda Tunisia / Bekas Menteri Belia & Sukan, Tunisia
Persidangan hari kedua diteruskan dengan Penceramah Utama Persidangan iaitu Dr. Anas al -Tikriti yang bercakap tentang Pengalaman Eropah.
Selepas berakhirnya ceramah oleh Dr. Anas al-Takriti, program diteruskan dimana peserta membuat perbincangan bagi menyediakan resolusi persidangan.










Ucapan Takziah dari Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia atas Pemergian Almarhum Haji Shahr Aman Asy'ari, Setiausaha Agung IKRAM Malaysia
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan penuh keimanan terhadap qada’ dan qadar Allah, serta hati yang sarat dengan kesedihan dan rasa kehilangan, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia merakamkan ucapan takziah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia yang dikasihi atas pemergian Almarhum Haji Shahr Aman Asy'ari, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Isnin, 30 Syawal 1446H bersamaan 28 April 2025M, di Institut Kanser Negara (IKN).
Almarhum – semoga Allah merahmatinya – merupakan sosok yang menonjol dalam bidang dakwah, kerja kemanusiaan, serta penyatuan dan kebangkitan umat. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai seorang yang berdedikasi dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Keperibadiannya dihiasi sifat-sifat mulia, antaranya komitmen yang tinggi terhadap nilai tarbiah, kesatuan dan kerja-kerja islah. Beliau berjuang dengan tabah tanpa mengenal penat lelah atau rasa putus asa.
Almarhum juga dikenali dengan sumbangan besarnya dalam isu-isu umat. Beliau merupakan antara pengasas kempen "Palestin di Hatiku", dan Pertubuhan Ihsan, di samping terlibat aktif dalam pelbagai institusi. Ketika menuntut di United Kingdom, beliau memainkan peranan penting dalam gerakan Kesatuan Pelajar Muslim melalui Majlis Syura Muslimin (MSM).
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan seluruh kemanusiaan. Kita mengenang jasa-jasanya yang begitu besar dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan dengan penuh penghormatan dan penghargaan.
Kami memohon kepada Allah SWT agar mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengangkat darjatnya di syurga yang tertinggi, membalas segala jasa dan amal solehnya dengan ganjaran yang besar, serta menempatkannya dalam syurga-Nya yang luas, dan mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga serta orang-orang yang disayangi beliau.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ﴾
Doha: 30 Syawal 1446H
Bersamaan: 28 April 2025M
Dr. Ali bin Muhammad al-Sallabi
Setiausaha Agung
Prof. Dr. Ali Mohyeddin al-Qaradaghi
Presiden
Untuk membaca tulisan asal sila layari:


Kenyataan daripada Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
Menghargai pendirian fatwa ulama dunia yang menyokong fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkaitan pencerobohan ke atas Gaza serta amaran terhadap penyelewengan yang berlaku dalam beberapa terjemahan.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasul yang mulia, keluarganya dan para sahabat seluruhnya.
Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dalam mesyuaratnya pada hari Khamis, 19 Syawal 1446H bersamaan 17 April 2025M, telah meneliti pelbagai pendirian yang dikeluarkan oleh jawatankuasa dan badan fatwa dari pelbagai negara Islam yang menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berhubung pencerobohan ke atas Gaza yang dikeluarkan pada 28 Ramadan 1446H (28 Mac 2025M).
Jawatankuasa juga mengambil maklum reaksi positif dan mendalam terhadap fatwa tersebut. Jawatankuasa amat menghargai dan memuji pendirian ini.
Dalam masa yang sama, jawatankuasa ingin menjelaskan bahawa telah berlaku penyelewengan dan kesilapan dalam beberapa terjemahan asing terhadap fatwa tersebut, yang bertujuan memburukkan imej jawatankuasa dan Kesatuan Ulama
Jawatankuasa dengan ini, ingin menegaskan beberapa perkara berikut:
________________________________________
1. Penafian terhadap Terjemahan Palsu
Segala kandungan dalam terjemahan yang menggambarkan seolah-olah fatwa tersebut menyasarkan masyarakat bukan Islam di Eropah, Barat dan seluruh dunia adalah palsu, dusta dan penyelewengan terhadap maksud sebenar fatwa. Jawatankuasa dan Kesatuan menafikan sekeras-kerasnya kaitan dengan gambaran palsu ini.
2. Menegaskan Pengharaman Menzalimi Bukan Islam
Jawatankuasa menegaskan bahawa darah orang awam bukan Islam adalah suci. Orang yang bukan Islam dan tidak harus disakiti atau ditakutkan. Umat Islam di Eropah, Barat, dan seluruh negara bukan Islam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nilai keadilan, kebebasan, menolak kezaliman dan menyokong golongan yang tertindas, bersama rakan-rakan bukan Islam mereka yang menyokong perjuangan Palestin dan mempercayai keadilan untuknya sejak awal lagi.
3. Fatwa Terhad kepada Hak Membela Diri
Jawatankuasa menegaskan bahawa fatwa tersebut terbatas kepada hak mempertahankan diri bagi rakyat Palestin, terutama penduduk Gaza bagi melawan pencerobohan dan penjajahan. Ini berdasarkan prinsip jihad, penentangan (muqawamah), etika dan syarat-syarat syariah yang ditetapkan.
________________________________________
Adalah dimaklumi bahawa melawan penjajah adalah hak yang dijamin oleh semua agama, undang-undang antarabangsa dan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jawatankuasa juga menjelaskan bahawa konsep jihad dalam Islam bersifat menyeluruh, merangkumi semua bentuk perjuangan dari sudut hak asasi, politik, kewangan, pemikiran dan media, yang mana semua umat Islam boleh menyertainya mengikut kemampuan masing-masing, pada masa dan tempat yang sesuai.
________________________________________
Kesatuan Ulama menyeru supaya semua pihak bertindak secara bertanggungjawab dari sudut ilmiah, etika dan syariah dalam memahami kenyataan dan fatwa yang dikeluarkan, dan tidak terlibat dalam usaha memesongkan atau memanipulasi maksudnya.
Kesatuan juga enggan membalas mereka yang menyelewengkan kenyataan, yang bertujuan jahat terhadap hak rakyat dan bangsa Palestin dalam menentang penjajahan dan kezaliman.
Kesatuan menegaskan bahawa ia menjalankan haknya yang sah dari sudut agama, undang-undang dan ilmiah, untuk menyatakan kebenaran dan mengecam keras ancaman besar yang dihadapi oleh dunia dan rantau ini akibat pencerobohan yang bersifat perkauman dan jenayah yang dilakukan oleh rejim penjajah, serta bahaya penyebaran kebencian dan ketegangan yang meningkat.
Menjadi tanggungjawab bersama manusia sejagat untuk memelihara maksud penciptaan oleh Tuhan, keharmonian alam, dan hubungan sesama makhluk serta menegakkan tauhid.
Kesatuan sekali lagi menegaskan bahawa adalah menjadi hak rakyat Palestin untuk melawan penjajahan, menyokong perjuangan sah mereka dan perjuangan seluruh bangsa dalam mempertahankan kebebasan dan hak-hak yang dijamin oleh syariat, agama dan undang-undang antarabangsa.
________________________________________
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa
Pengerusi Jawatankuasa merangkap Presiden IUMS:
Syeikh Prof. Dr. Ali al-Qaradaghi
Setiausaha Jawatankuasa:
Prof. Dr. Fadl bin Abdullah Murad
Baca artikel asal dalam bahasa Arab di sini:
https://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=38933
Diterjemah dari kenyataan asal dan disiarkan kembali oleh:
Unit Media, Komunikasi dan Penerbitan
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia)
21hb April 2025
English Version
Statement from the Ijtihad and Fatwa Committee, International Union for Muslim Scholars (IUMS)
Appreciating the stances of global scholars who supported the IUMS fatwa regarding the aggression against Gaza, and warning against distortions found in certain translations.
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
All praise is due to Allah. May peace and blessings be upon the noble Messenger, his family, and all his companions.
The Ijtihad and Fatwa Committee of the International Union for Muslim Scholars (IUMS), in its meeting on Thursday, 19 Shawwal 1446H corresponding to 17 April 2025, reviewed the various commendable positions issued by fatwa committees and scholarly bodies across the Islamic world in support of the fatwa issued by IUMS regarding the aggression on Gaza, dated 28 Ramadan 1446H (28 March 2025).
The Committee also acknowledged the positive and profound responses to this fatwa, and deeply appreciates and praises these positions.
At the same time, the Committee wishes to clarify that distortions and errors have occurred in some foreign translations of the fatwa, seemingly aimed at tarnishing the image of the Committee and the Union.
Accordingly, the Committee wishes to affirm the following points:
________________________________________
1. Rejection of False Translations
Any content in translations portraying the fatwa as targeting non-Muslim communities in Europe, the West, or the world at large is false, fabricated, and a misrepresentation of the actual intent of the fatwa. The Committee and the Union categorically reject any association with such false portrayals.
2. Affirmation of the Prohibition Against Harming Non-Muslims
The Committee affirms that the blood of non-Muslim civilians is sacred, and that they must not be harmed or intimidated. Muslims living in Europe, the West, and non-Muslim countries bear the responsibility of upholding the values of justice, freedom, and opposition to oppression, and of supporting the oppressed—together with their non-Muslim fellow citizens who have stood by the Palestinian cause and believed in its justice from the beginning.
3. Fatwa Limited to the Right of Self-Defense
The Committee reaffirms that the fatwa is strictly limited to the right of self-defense for the Palestinian people—especially the people of Gaza—against aggression and occupation. This is based on the principles of jihad, resistance (muqawamah), and the ethical and legal conditions outlined in Islamic law.
________________________________________
It is well known that resisting occupation is a right guaranteed by all religions, international laws, and the United Nations Charter.
The Committee also clarifies that the concept of jihad in Islam is broad and comprehensive, encompassing various forms of struggle—legal, political, financial, intellectual, and media-based. Every Muslim can take part in these efforts according to their ability, in the appropriate time and place.
________________________________________
The Union calls upon all parties to engage responsibly, academically, ethically, and in accordance with Shariah when understanding its statements and fatwas, and to refrain from distorting or manipulating their meanings.
The Union also chooses not to respond to those who distort its statements with malicious intent, particularly toward the rights of the Palestinian people and their legitimate struggle against occupation and injustice.
The Union reaffirms its religious, legal, and academic right to speak the truth, and strongly condemns the grave threats currently facing the world and the region due to the racist and criminal aggression of the occupying regime, as well as the dangerous spread of hatred and increasing tensions.
It is the shared responsibility of all humanity to uphold the divine purpose of creation, universal harmony, peaceful coexistence, and the establishment of the Oneness of God.
The Union once again emphasizes the right of the Palestinian people to resist occupation, and stands with their legitimate struggle, as well as with the struggles of all peoples in defending their freedoms and rights, as guaranteed by Islamic law, religions, and international conventions.
________________________________________
Issued by: Ijtihad and Fatwa Committee
Chairman of the Committee & President of IUMS:
Sheikh Prof. Dr. Ali al-Qaradaghi
Secretary of the Committee:
Prof. Dr. Fadl bin Abdullah Murad
Read the original Arabic article here:
https://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=38933
Translated and republished by:
Media, Communication, and Publication Unit
International Union of Muslim Scholars (Malaysia)
21th April 2025