KUMS Terima Kunjungan UniSIRAJ
Memperkukuh Kerjasama Strategik Institut Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi (IPQ)
8/20/20261 min read
My post content
KUMS Terima Kunjungan UniSIRAJ
Memperkukuh Kerjasama Strategik Institut Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi (IPQ)
19 Ogos 2026 | 2.30 petang
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) – KUMS menerima kunjungan daripada Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dalam satu pertemuan yang berlangsung pada 19 Ogos 2026, jam 2.30 petang.
Kunjungan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh hubungan serta meneroka ruang kerjasama strategik dalam bidang keilmuan, penyelidikan dan jaringan ulama di peringkat nasional dan global.
Delegasi UniSIRAJ diketuai oleh:
Prof. Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Jaringan Global
Turut hadir:
* Dr. Mohd Aizul bin Yaakob – Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
* En. Mohd Shauqi bin Saiful Suhardi – Pengarah, Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ)
* En. Abdul Latef bin Alhadri – Ketua Pustakawan
* En. Muhammad Sufi Sharoff bin Omar Bakhi – Penolong Pegawai Tadbir PPPI (Jaringan Tempatan dan Antarabangsa)
Delegasi UniSIRAJ disambut oleh Ustaz Wan Subki Wan Salleh, YDP KUMS, Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz – Penasihat KUMS, Dr. Syazalie Hirman bin Ahmad Najib – Timbalan YDP KUMS, En. W. Mohd Yusof Wan Ismail – Bendahari KUMS, Ustaz Abd Al-Rahman Al-Hakim bin Md Jalil – Timbalan Setiausaha KUMS, Dr. Nik Rahim Nik Wajis – Pengurus Media, Dr. Mohd Nuri Mustafa – Ketua Lajnah Palestin dan al-Quds dan Ustaz Muhammad Irfan bin Bahrin – Pegawai Khas YDP
Fokus Perbincangan
Pertemuan ini memberi fokus kepada usaha menjalinkan kerjasama khususnya berkaitan Institut Pemikiran Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi (IPQ).
Dalam pertemuan tersebut, KUMS menawarkan diri untuk menjadi rakan strategik kepada IPQ dalam membantu memperkukuh dan mengembangkan peranan institut tersebut dalam pelbagai bidang, antaranya:
Penyelidikan dan kajian ilmiah
Jaringan ulama global
Terjemahan karya-karya ilmiah
Penerbitan dan penyebaran ilmu
Jaringan kerjasama dengan institusi dan tokoh ilmuwan di peringkat antarabangsa
Kerjasama ini dilihat mempunyai potensi besar dalam mengangkat pemikiran, karya dan warisan keilmuan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi agar terus dikaji, dikembangkan dan dimanfaatkan oleh generasi semasa serta masyarakat Islam di peringkat global.
Letter of Intent Ditandatangani
Sebagai tanda komitmen dan kesungguhan untuk merealisasikan kerjasama yang dibincangkan, Letter of Intent (LoI) telah ditandatangani pada akhir pertemuan.
Penandatanganan ini menjadi satu titik permulaan kepada usaha membina jaringan kerjasama yang lebih tersusun dan strategik antara KUMS dan UniSIRAJ, khususnya melalui Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ).
Semoga jalinan ini menjadi wasilah kepada perkembangan ilmu, pengukuhan jaringan ulama dan cendekiawan, serta lahirnya pelbagai inisiatif bermanfaat untuk umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
بارك الله في هذه الجهود، ونسأل الله تعالى أن يبارك في هذه الشراكة، وأن ييسر لنا جميعاً ما فيه خير للدين والأمة.
Moga Allah SWT mempermudah segala urusan kita semua dan memberkati usaha ini.
Amin ya Rabbal ‘alamin.








